Saturday, May 16, 2009

PERSETIAAN PENGAKAP

Semenjak penerbitan buku “Scouting for Boys” pada tahun 1908, ahli Pengakap di seluruh dunia telah melafaz dan menerima Persetiaan Pengakap ataupun ikrar bagi memastikan mereka mencapai matlamat serta falsafah pergerakan Pengakap ini. Panduan bagi mencapai Persetiaan Pengakap ini digariskan atau diperjelaskan melalui penerimaan dan pengamalan Undang-undang Pengakap.

* Untuk sesebuah Pergerakan Pengakap Negara/Kebangsaan (NSO) diterima sebagai gabungan dalam Pertubuhan Pengakap Sedunia (World Organisation of the Scouts Movement/WOSM), adalah ditetapkan bahawa setiap NSO harus meletakkan ketiga-tiga unsur berikut ke dalam Persetiaan Pengakap mereka;

1) Kepercayaan kepada Tuhan
2) Ketaatan dan kesetiaan kepada Pemerintah
3) Menolong orang pada setiap masa

Di Malaysia, Persetiaan Pengakap dilafazkan seperti berikut :

Bahawa dengan sesungguhnya
Saya berjanji dan bersetia
Yang saya
Dengan seberapa daya upaya saya
Akan

Taat kepada Tuhan, Raja dan Negara

Menolong orang pada setiap masa

Menurut Undang-undang Pengakap


Berikut merupakan Persetiaan Pengakap Sedunia yang dijadikan panduan untuk mewujudkan Persetiaan Pengakap yang sesuai bagi setiap negara bersesuaian dengan bahasa dan keadaan setempat;
On my honour I promise that I will do my best—
To do my duty to God and the King (or to God and my Country)
To help other people at all times
To obey the Scout Law.

MASA MELAFAZKAN PERSETIAAN PENGAKAP


Persetiaan Pengakap antara lain dilafazkan pada masa-masa berikut :

1. Sewaktu seseorang dilantik sebagai ahli Pengakap.
2. Semasa istiadat mengibarkan bendera dalam sesuatu perjumpaan kumpulan ataupun
kursus Pengakap.
3. Semasa seseorang Pemimpin atau Pesuruhjaya menerima Tauliah Perlantikan.
4. Semasa seseorang Pemimpin menerima Anugerah atau Tauliah Manikayu.
5. Di awal sesebuah Majlis khas yang dianjurkan oleh Pengakap.
6. Perlantikan Pengakap Kanak-kanak/Muda/Remaja
7. Pertabalan Bakal Pengakap Kelana
8. Pertabalan Pengakap Kelana
9. Pertabalan Pengakap Kelana Kanan
10. Sebelum memulakan mesyuarat Pengakap.
11. Bila-bila masa atau istiadat atau majlis yang diperkirakan perlu oleh
Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri.

No comments:

Post a Comment