Tuesday, June 23, 2009

APAKAH ITU PENGAKAP ?

Pengakap adalah satu pergerakan belia bertaraf antarabangsa untuk melatih golongan belia dan muda-mudi agar menjadi warganegara yang berguna. Latihannya adalah berdasarkan kepada Persetiaan dan Undang-Undang Pengakap serta prinsip-prinsip asas yang telah di perturunkan oleh pengasasnya Lord Baden Powell of Gilwell.

Pengakapan merupakan suatu aktiviti fizikal dan mental serta keinginan untuk mempelajari sesuatu. Ia merupakan suatu sikap yang ada pada golongan belia dan muda-mudi.. Mereka mempunyai keinginan untuk meneroka, mengkaji dan memajukan diri mereka. Pengakapan menyediakan program yang penuh dengan aktiviti sedemikian rupa untuk menampung keinginan dan kehendak mereka yang tidak terhad itu.

Pengakapan merupakan suatu pengembaraan. Ia memberikan pengalaman baru kepada muda-mudi, bagaimana untuk mengatasi cabaran dan dugaan serta bagaimana hendak menggunakan peralatan dengan selamat. Kehidupan ini memerlukan keberanian, ketabahan dan kekuatan tetapi kita masih lagi ragu-ragu dengan kebolehan belia kita dalam menangani permasalahan menyahut cabaran dan meneroka. Oleh kerana terlalu di kongkong maka ini membantutkan pembangunan minda belia kita.

Pengakapan merupakan suatu pembelajaran. Ini adalah kerana kita belajar dengan lebih efektif apabila mempelajari sesuatu untuk diri mereka sendiri, dalam perbincangan dan dalam mempraktikkan apa yang telah dipelajari.

Pengakapan merupakan suatu program. Program aktiviti Pengakapan mempunyai cirri-ciri seperti berikut:

- Situasi sebenar kehidupan belia di dalam masyarakat tempatan.
- Membantu belia untuk menyelesaikan masalah yang timbul.
- Hasil daripada minat belia itu sendiri.
- Ia mempunyai kelonggaran di mana apabila situasi baru timbul idea-idea tersebut boleh disalurkan secara terus menerus.
- Ia adalah seimbang dan tidak menekan kepada mana-mana bidang tetapi membekalkan perkembangan serta pengalaman semua belia dalam apa juga peringkat umur.
- Ia adalah tersusun, progresif dan membuat belia dapat merasakan serta mengecapi sesuatu dari masa ke semasa.
- Ia adalah kreatif kerana ia memberi peluang kepada ahli-ahlinya untuk menunjukkan kepimpinan, inisiatif, berdikari, berusaha menghasilkan sesuatu yang asli dan membuahkan fikiran serta melhirkan perasaan.

Pengakap merupakan belia. Ini adalah kerana belia melihat dunia ini dengan penuh imaginasi, perasaan ingin tahu dan kemusykilan. Mereka meneroka cabaran sepenuh hati. Setiap hari membawa harapan keseronokkan, kesedihan dan pengalaman baru yang memberi erti yang mendalam kepada mereka. Pengkapan memberi mereka satu dunia baru di mana mereka mempunyai ruang, tempat untuk mereka bermain, boleh bergaul dengan rakan-rakan di mana mereka juga mempunyai peluang untuk berekreasi dan bebas daripada kongkongan kehidupan keluarga seharian.

Pengakapan merupakan suatu kumpulan. Mencari pengalaman dan mempelajari sesuatu yang dilakukan di dalam kumpulan kecil, di mana belia dapat:

- Peluang untuk bersama-sama dengan rakan-rakan mereka.
- T tgggg
- Peluang untuk belajar daripada rakan sebaya.
- Peluang untuk menyesuaikan dan memperkembangkan diri untuk memenuhi kehendak individu.
- Peluang untuk menyertai dan mengecapi sesuatu kejayaan.
- Peluang bagi ahli-ahli untuk hidup bersama-sama dan menyumbangkan sesuatu kepada kumpulan.

Pengakap merupakan kepimpinan. Dimana belia diberi peluang untuk memperkembangkan kemahiran memimpin dengan memainkan peranan sebagai pemimpin dalam satu kawasan atau kumpulan yang kecil.

Pengakapan merupakan suatu keseronokkan. Ini adalah kerana keseronokakkan merupakan salah satu daripada program Pengakapan itu sendiri yang menggunakan kaedah Pengakap. Baden Powell sendiri pernah berkata bahawa “Jika Pengakap itu tidak ada keseronakkan maka ia akan kehilangan daya tarikan dan kejayaan”.